Rabu, 09 Februari 2011

Sultan Sabah melantik diri Sah “Penyamar”


Baru-baru ini rakyat Sabah sekali lagi di gemparkan dengan satu perlantikan Sultan yang amat mengejutkan seluruh rakyat sabah dalam dan luar. Perlantikan yang di buat pada 4 februari  lepas di lakukan oleh individu-individu yang bukan berasal dari keluarga di raja Sulu. Di fahamkan bahawa individu  yang melantik dirinya sultan ialah Akjan Bin Ali Muhammad beserta beberapa ahlinya iaitu Albi Julkarnain dan Meltino Sibulan yang telah di lantik sebagai kabinet bagi kerajaan nya yang tidak sah.
Penulis selaku wakil kepada seluruh keluarga waris kerabat di raja Sulu amat kesal dengan tindakan tidak munasabah yang telah di lakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini. Akjan Bin Ali Muhammad yang merupakan bekas tahanan ISA bukan keluarga kerabat di raja Sulu kerana dengan jelas setelah di kaji selidik latar belakangnya merupakan penyamar yang menggunakan nama kerabat diraja serta gelaran Datu di raja Sulu. Menurut ahli keluarganya yang sebenar yang berada di Sandakan,Beliau ini merupakan anak  kelahiran Kepulauan Siasi yang telah Berjaya mendapat hak anak angkat sebagai anak tempatan di limau-limauan, Kota Kinabalu Sabah daripada ayah angkatnya Ali Muhammad yang jelas sekali bukan berketurunan Datu di raja Sulu.
Apa yang lebih mendukacitakan, Upacara Perlantikan beliau itu telah di lakukan oleh beberapa orang individu bekas pengikut Sultan Bantilan Muizuddin-II di Sulu. Di fahamkan mereka-mereka ini telah mengkhianati perjuangan Sultan mereka serta melelapkan wang dana peruntukan Sultan Bantilan Muizuddin-II di Sulu, hal ini telah pun di beritahu melalui panggilan telefon penulis  kepada beliau di Sulu.
Di kesempatan ini, penulis ingin mngingatkan seluruh rakyat sabah di Malaysia ini agar tidak terlalu bimbang dengan hal-hal seperti ini. Kerana mereka-mereka yang cuba menjadi sultan di sabah ini di tabalkan dengan cara yang tidak sah. Penulis juga telah berhubung dengan seluruh waris kesultanan sulu yang berada di Malaysia dan di selatan Filipina telah memberitahu bahawa perjuangan mereka ini tidak melibatkan mana-mana waris dari keturunan keluarga Kiram, Aranan ataupun Shakiraullah, Kerana perjuangan pewaris di raja sulu yang sebenar adalah membebaskan Sulu Di selatan Filipina daripada cengkaman konflik Politik kerajaan Filipina, bukan untuk menuntut Sabah dari kerajaan Malaysia yang telah merdeka sejak sekian Lama walaupun Kerajaan Malaysia masih membayar wang pajakan setiap tahun kepada pewaris kesultanan Sulu (9 Heirs) namun seluruh rakyat serta kerabat keluarga di raja Sulu akan terus mengiktiraf kemerdekaan sabah tanpa di ganggu gugat lagi.
Penulis Juga telah di beritahu oleh waris keluarga kiram iaitu Yang Mulia Rajamuda Datu Muedzullail Kiram Ibni Almarhum Sultan Mahakuttah Abdullah  Kiram pada beberapa hari lepas akan membuat satu petisyen bagi memfailkan kes saman bagi individu penyamaran yang melibatkan nama kesultanan Sulu. Laporan Juga akan di buat oleh waris-waris keluarga Aranan di Malaysia dan juga di Filipina bagi menangani masalah penyamaran kesultanan Sulu yang semakin berleluasa di Negara Malaysia ini.
Penulis Berharap agar kerajaan negeri Sabah harus mengambil tindakan segara bagi membendung masalah seperti ini yang saban tahun nya sering berlaku. Sekali lagi penulis mewakili seluruh keluarga pewaris kesultanan Sulu tidak terlibat dengan mana-mana isu yang melibatkan tuntutan Sabah untuk di merdekakan ataupun di tuntut semula. Semoga seluruh rakyat dapat hidup dalam keadaan yang aman dan sejahtera.


Minggu, 21 November 2010

Tiada sebarang Perjuangan untuk menuntut kemerdekaan di sulu yang melibatkan Majlis Kesultanan Sulu.



           Sepertimana yang telah di hebah dan digembar-gemburkan baru-baru ini oleh beberapa blog yang menulis tentang perjuangan bangsa Suluk di sulu mengenai tuntutan kemerdekaan yang kononnya diisyhtiharkan pada tarikh 17 November 2010 pada hari Rabu lepas, di sini kami ingin mengeluarkan kenyataan rasmi dari wakil penerangan blog pewaris Keluarga kedua Maharaja Adinda Aranan bahawa tiada sebarang perjuangan untuk menuntut kemerdekaan di sulu yang melibatkan mana-mana waris keluarga di dalam Majlis Kesultanan Sulu samada dari waris keluarga Kiram mahupun keluarga Aranan.

          Pihak kami menyatakan bahawa kemerdekaan ini bukanlah di rancang atau di dalangi oleh keluarga di Raja bagi keluarga Aranan tetapi adalah di rancang serta di dalangi oleh pihak United Tausug Citizen (UTC) ataupun United Tausug People (UTP).

          Baru-baru ini pihak kami telah berhubung dengan Rajamuda Datu Muedzullail Kiram Ibni Almarhum Sultan Mahakuttah Kiram selaku wakil keluarga pertama bagi keluarga Kiram. Menurut beliau, pada hari rabu, 17 november 2010 yang berkenaan Hari Raya Aidil Adha satu Perbarisan telah di adakan di dalam Bandar Sulu di mana perbarisan tersebut di ketuai oleh rakyat-rakyat sulu yang di jaga oleh Pihak Polis kerajaan Filipina (Philipines National Police-PNP). Perbarisan oleh rakyat-rakyat sulu tersebut adalah Perbarisan sempena menyambut ulang tahun Sistem Pemerintahan  Beraja di sulu yang ke 604 dan di samping itu merayakan pesta Hari Raya Qurban di negara Sulu.
 

          Seperti yang telah di hebahkan secara meluas dalam blog-blog lain yang telah menulis kenyataan mengenai kemerdekaan Sulu adalah tidak benar kerana amat jelas sekali wakil-wakil kami di Sulu tidak menyatakan bahawa adanya kemerdekaan sulu yang di perjuangkan seperti yang telah di hebahkan. Pihak Kami juga ingin mengulas bahawa isu “Kemerdekaan Sulu 17 November” yang lalu bukanlah atas dasar rundingan pihak UTC/UTP dengan pihak kami tetapi adalah atas dasar perjuangan mereka secara Individu.

          Oleh itu, saya menyeru seluruh pihak agar jangan mempercayai mana-mana perjuangan kemerdekaan di sulu yang bukan bersifat menyeluruh kerana setiap kemerdekaan haruslah mendapat persetujuan seluruh pihak samada rakyat, badan kerajaan atau bukan kerajaan, parti-parti politik mahupun majlis kesultanan Sulu. Sekali lagi kami ingin mengingatkan bahawa perjuangan kemerdekaan 17 November yang lalu bukanlah di dalangi oleh Waris-waris sultan terutama waris keluarga kedua Aranan. Oleh yang demikian, Segala kesilapan dan kesalahan amatlah di kesali.


Rabu, 25 Agustus 2010

Pengenalan Mengenai Pewaris Kedua Keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo

     PERKATAAN Pewaris Raja Kedua (The second heir-apparent) iaitu panggilan Maharaja Adinda atau Arinda ini ada disebut oleh Prof. Cesar Adib Majul dalam bukunya Muslims in the Philippines mukasurat 393 dan dalam buku terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka "Islam di Filipina" oleh Shamsuddin Jaafar, pada mukasurat 486. Perkataan "Maharajah Adinda" tersebut juga ada ditulis oleh Pehin Dato' Dr. Mohd. Jamil Al-Sufri (Pengarah Pusat Sejarah Brunei) dalam bukunya Tarsilah Brunei II, iaitu pada lampiran 251, dan dalam buku "Ang Philipinas" -ARMM Edisyon, pada mukasurat 37. Selain itu, penulis Rita Turban dari Philippine juga ada menulis artikel tentang kewujudan keluarga Maharajah Adinda ini.
  

Buku Rujukan Utama Muslim in the Philipines dan Buku Tarsilah Of Brunei


     Kewujudan dua waris Kesultanan Sulu ini juga ada dilambangkan di dalam bendera Kesultanan Sulu. Di mana, Pewaris Pertama dilambangkan dengan lambang Keris Lurus. Dan Pewaris Kedua dilambangkan dengan lambang Tombak atau Bujak.


Bendera Sulu yang mempunyai Lambang Keris dan Tombak


Begitu Juga dengan Jata Pewaris Kedua yang mempunyai lambang keris dan Tombak


     Kedua waris-waris ini adalah zuriat dari Sultan Badaruddin-I ibni Sultan Salahuddin-Karamat @ Pangeran Bakhtiar ibni Sultan Mawalil-Wasit @ Raja Bongsu-I, yang memerintah sekitar tahun 1718 sehingga 1732. Putera Sultan Badaruddin-I yang sulung, (iaitu dari isteri pertamanya seorang gadis dari Soopeng @ Soppeng, Sulawesi), telah diberi nama Datu Lagasan. Setelah menaiki takhta Kesultanan Sulu, baginda menggunakan nama Sultan Azimuddin atau Sultan Alimuddin-I. Namun selepas Pembaptisan baginda oleh padri-padri Spanyol di Manila sekitar tahun 1750, baginda telah menggunakan nama Don Fernando de Alimuddin (The Christian Sultan of Jolo). Jika mengikut hukum undang-undang kerajaan kesultanan Islam, hak Sultan Azimuddin / Alimuddin @ Don Fernando de Alimuddin dan keturunannya ini telah termansuh lantaran Pembaptisan baginda itu ke agama kristian.

     Putera Sultan Badaruddin-I yang kedua, iaitu dari isteri keduanya (adalah merupakan seorang puteri dari Raja puak Tidung atau Tirun di Borneo), diberi nama sebagai Datu Bantilan. Semasa kekandanya Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I menjadi Sultan, beliau dilantik sebagai raja muda dan dipanggil sebagai Raja Muda Datu Bantilan.



Sengketa Bermula

     Sekitar tahun 1748, telah berlaku perbalahan di antara dua bersaudara ini. Oleh kerana Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I telah memberikan kebenaran kepada para Jesuit dan Mubaligh Kristian Spanyol untuk menyebarkan doktrin agama Kristian di Sulu, maka perkara tersebut telah mendatangkan kemarahan kepada saudaranya Raja Muda Datu Bantilan. Dengan sokongan beberapa rakyat Sulu serta orang-orang yang setia kepada Raja Muda Datu Bantilan, mereka telah pergi bertemu Sultan Azimuddin-I. Dalam perbalahan itu, Raja Muda Datu Bantilan telah melontarkan tombak dan telah terkena kaki kekandanya Sultan Azimuddin-I (yang melontar ialah hulubalang Raja Muda Datu Bantilan dan ini diakui sendiri oleh Raja Muda Datu Bantilan @ Sultan Muezuddin itu kemudiannya). Bagi mengelakkkan perbalahan itu berpanjangan, akhirnya Sultan Azimuddin-I bersama putera dan puteri serta beberapa orang pengikutnya yang setia telah bertolak ke Zamboanga, dan kemudiannya ke Manila.

     Di Manila, baginda dan rombongannya diberi sambutan dan layanan yang baik oleh para pegawai Spanyol dan para Jesuit Kristian. Mungkin baginda tidak menyedari bahawa kebaikan yang diberikan oleh pihak Spanyol kepadanya adalah sebagai satu muslihat. Dengan kedudukan baginda sebagai Sultan Sulu, maka mereka bolehlah menyebarkan doktrin agama Kristian terhadap rakyat Sulu.


Datu Bantilan Menaiki Takhta

     Semasa ketiadaan Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I di Sulu, beberapa ahli Majlis Diraja Sulu dan rakyat Sulu telah bersetuju melantik Raja Muda Datu Bantilan menaiki takhta Sulu dan menjadi Sultan Sulu dengan gelaran sebagai Sultan Bantilan Muizzuddin. Baginda memerintah dari tahun 1748 sehingga 1763.

     Di masa zaman pemerintahan Sultan Bantilan Muizzuddin inilah sistem pemerintahan Kesultanan Sulu agak lebih teratur dengan ketersusunan para kabinetnya dengan jawatan yang mereka sandang. Mengikut rekod, Sultan Bantilan ini pernah melawat ke negara China untuk berjumpa dengan Maharajah China dan baginda adalah satu-satunya Sultan Sulu yang menghadiahkan secupak tanah dari Sulu sebagai kenangan dari kerajaan Kesultanan Sulu untuk Kerajaan Kayangan China.

     Selepas pemerintahan Sultan Bantilan, takhta kesultanan Sulu diberikan kepada anandanya yang kemudian bergelar Sultan Azimuddin @ Alimuddin-II. Baginda memerintah dari tahun 1763 sehingga 1764 buat kali pertama. Selepas itu takhta diberikan kepada Sultan Israil ibni Sultan Azimuddin-I, yang memerintah dari tahun 1764 sehingga 1768. Pada tahun 1768 hingga 1789 Sultan Azimuddin @ Alimuddin-II menaiki takhta Kesultanan Sulu semula untuk kali ke-2.

     Pada zaman pemerintahan Sultan Azimuddin-III ibni Sultan Sharafuddin, putera Sultan Azimuddin-II yang bernama Datu Bantilan (seperti nama datuknya) telah dilantik menjadi Raja Muda Sulu dan dipanggil sebagai Raja Muda Datu Bantilan.

     Selepas Sultan Azimuddin-III menduduki takhta Kesultanan Sulu selama 40 hari, baginda telah mangkat kerana tularan wabak penyakit cacar yang begitu menular pada masa itu. Ketika itu ramai datu-datu Sulu telah melarikan diri dari Sulu untuk mengelakkan dari dijangkiti penyakit tersebut. Khabarnya Raja Muda Datu Bantilan turut melarikan diri ke wilayah Borneo Utara (Sabah).

     Setelah wabak reda, Raja Muda Bantilan kembali semula ke Sulu untuk menduduki takhta tersebut kerana beliau adalah Raja Muda sebelum itu. Malangnya takhta Sulu telah diduduki oleh saudara kepada Sultan Azimuddin-III yang menggelarkan dirinya sebagai Sultan Aliuddin. Inilah penyelewengan pertama oleh keluarga pewaris pertama ke atas sistem Protokol Diraja atau "Tartib Kesultanan Sulu".

     Raja Muda Datu Bantilan cuba berusaha untuk merampas kembali takhta Sulu yang sepatutnya milik beliau. Maka pada tahun 1808, beliau bersama dengan 500 orang pengikutnya telah menyerang istana Sultan Aliuddin. Tetapi, beliau tidak berjaya kerana Sultan Aliuddin mempunyai sokongan yang kuat pada masa itu.

    Sebelum kemangkatan Raja Muda Datu Bantilan pada tahun 1812, beliau telah mengamanahkan kepada putera sulungnya Datu Aranan atau Adanan untuk mengambil kembali takhta Kesultanan Sulu yang sepatutnya milik Pewaris Kedua. Dalam usaha beliau menuntut kembali takhta Sulu, Datu Aranan telah mendapat sokongan dari pihak British pada 1814, kerana beliau telah dianggap sultan oleh pihak British ketika itu. Sir John Hunt adalah merupakan seorang ejen British yang sering berurusan dengan Datu Aranan.


Aranan Puyo Menaiki Takhta

     Namun hanya selepas pemerintahan Sultan Pulalun ibni Sultan Jamalul Kiram-I iaitu pada tahun 1862, barulah takhta Kesultanan Sulu diberikan secara mutlak kepada Datu Aranan. Baginda kemudiannya menaiki takhta dengan gelaran Maharajah Arinda/Adinda Sultan Mohammad Aranan/Adanan Puyo. Malangnya kerana umur yang lanjut, selepas seminggu sahaja di atas takhta, baginda kemudiannya memberikan takhta Kesultanan Sulu kepada putera Sultan Pulalun yang bernama Datu Jamalul-A’zam @ A'lam. Lantaran tempoh masa menduduki takhta oleh Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/ Adanan Puyo ini adalah singkat dan tidak memenuhi protokol/Tartib (iaitu seorang Sultan Sulu sekurang-kurangnya menduduki takhta selama 40 hari, sepertimana Sultan Azimuddin-III pada tahun 1808), sebab itu nama baginda tidak disenaraikan di dalam "Salasilah Sulu".

     Di masa perletakan takhta oleh Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/Adanan Puyo ini, takhta Sulu menjadi rebutan antara Datu Jamalul A’zam @ A'lam dan Datu Daniel (Ahli kabinet Majlis Diraja Sulu yang berjawatan sebagai Datu Amir Bahar). Namun, diatas kuasa dan pengaruh dan sokongan Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/Adanan Puyo pada masa itu, akhirnya takhta telah dapat diberikan kepada Datu Jamalul A’zam @ A'lam, yang menaiki takhta Kesultanan Sulu dengan menggelarkan diri sebagai Sultan Jamalul A’zam @ A'lam.


Sultan Jamalul Ahlam Ibni Sultan Muhammad Pulalun/fad'z Kiram


     Tidak beberapa lama setelah menyerahkan takhta Kesultanan Sulu kepada Sultan Jamalul A’zam @ A'lam, Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/ Adanan Puyo ini telah berhijrah ke Pulau Siasi dan menetap di sana. Sehingga kini, makam baginda masih boleh dilihat bersama dengan makam kerabat-kerabat Keluarga Diraja Maharajah Adinda yang lain, di satu kawasan pemakaman yang dipanggil kawasan Pemakaman Keluarga Maharajah Adinda di Tanjung Siasi.

     Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/ Adanan Puyo ini telah melahirkan beberapa orang putera dan puteri dari isteri pertama dan isteri ketiga baginda. Zuriat keturunan baginda ini telah beranak-pinak dan telah menetap di seluruh kawasan di Sabah dan di wilayah Sulu.


Terlucutnya Hak Pewaris Pertama

     Dari fakta dan kenyataan-kenyataan di atas, telah dapat dibuktikan bahawa Pewaris Kedua Kesultanan Sulu iaitu Keluarga Maharajah Adinda sememangnya wujud dan mempunyai hak ke atas Kesultanan Sulu sepertimana hak yang ada kepada Pewaris Pertama Kesultanan Sulu. Maka hak keturunan keluarga Maharajah Adinda tidaklah boleh dinafikan oleh sesiapa pun.

     Dengan keterlucutan hak Pewaris Pertama Kesultanan Sulu samada pada masa Pembaptisan Sultan Azimuddin/ Alimuddin-I @ Don Fernando de Alimuddin pada tahun 1750, atau samada semasa pihak keluarga Kiram menandatangai Perjanjian Kiram-Bates Treaty pada 1899 dan Perjanjian Carpenter tahun 1915 ataupun semasa selepas kemangkatan Sultan Jamalul-Kiram-II pada 1936, iaitu dengan pengisytiharan oleh Presiden Manuel L.Quezon dalam Memorendum 20 hb September 1937, bahawa beliau tidak akan mengiktiraf lagi mana-mana Penyambung kepada Sultan Jamalul-Kiram-II. (perkara ini hanyalah melibatkan keluarga Pewaris Pertama. Keluarga Pewaris Kedua adalah tidak terlibat). Bolehlah dikatakan mereka telah kehilangan hak ke atas Kesultanan Sulu, kini hanya boleh diselamatkan atau dituntut kembali oleh Pewaris Kedua iaitu oleh Keluarga Maharajah Adinda sahaja seperti mana yang dimaksudkan dalam Protokol Kesultanan Sulu (Tartib Sulu) itu.
 
 
Presiden Manuel L. Quezon, Presiden Filipina yang mengisytiharkan tamatnya waris kesultanan sulu bagi keluarga Sultan Jamalul Kiram-II


 
Kelapa Laut Afrika (Coco de Mer) Adalah Bukti Kesultanan Sulu Waris Raja Kedua


      SEBAHAGIAN orang mengatakan bahawa untuk membuktikan mereka (Waris Kesultanan Sulu) adalah benar ialah dengan melihat samada mereka membawa "Keris dan Sarungnya". Kalau ada maka merekalah "Pewaris Sebenar Kesultanan Sulu" yang digelar "Waris Raja Kedua" itu.



Keris & Sarung

     Adakah dengan hanya menunjukkan Keris dan Sarung itu sahaja yang boleh membuktikan bahawa itulah pewaris sebenar Sultan Sulu yang dicari itu? Cerita tentang keris dan sarungnya tidaklah berapa tersebar di kalangan orang-orang Tausug di Sulu. Akan tetapi cerita tentang Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi yang menjadi lambang "Bukti" persaudaraan Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei adalah yang lebih diketahui. Kebanyakan kaum tua orang-orang Sulu percaya (yang tahu) bahawa, sesiapa yang memiliki Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi yang asli itu, maka dialah Pewaris Sebenar Sultan Sulu yang dicari selama ini. Dikhabarkan juga, bekas Presiden Filipina (Presiden Ramos) juga ada menyatakan bahawa Keluarga Diraja Sulu yang ada menyimpan Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi itulah Waris Sebenar Sultan Sulu.

     Maka sejak itu, ramailah orang yang menyatakan mereka mempunyai Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi itu seperti yang didakwa oleh Sultan Aidal M.Aliuddin dan lain-lain (penyamar Sultan). Perlu dimaklumi bahawa Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi yang sebenar itu sebenarnya telah dihantar ke Brunei oleh ayahanda kepada YM Datu Ali Aman @ Raja Bongsu-II, iaitu YM Datu Aliuddin Haddis Pabila Bin YM Datu Mohammad Sheikh/Seh/Sie ke Muzium Brunei pada 1978. Barang itu telah melalui Ujian oleh 9 orang Pegawai Muzium Brunei dan seorang warga British. Ujian tersebut telah mengesahkan bahawa Pulau Janggi itu adalah "Asli". Kesemua pegawai itu khabarnya telah tunduk hormat dan mencium tangan YM Datu Aliuddin dengan menyatakan bahawa Datu Aliuddin itu adalah "Waris Sebenar Sultan Sulu". Kemudian pihak Muzium Brunei telah mengeluarkan satu Surat Pengesahan tanda penerimaan Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi tersebut. Hingga hari ini surat pengesahan tersebut masih berada dalam simpanan Keluarga Maharajah Adinda.

Pulau Janggih atau sepong janggi yang di hantar ke Muzeum Brunei pada tahun 1978



Masuk ke Brunei

      Sebenarnya orang yang membawa YM Datu Aliuddin Haddis Pabila masuk ke Brunei pada 1978 adalah Pehin Dato Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri. malangnya selepas menghantar Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi itu ke Muzium Brunei, YM Datu Aliuddin terus sahaja balik ke Kota Kinabalu. Sebenarnya Pehin Dato Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri meminta Datu Aliuddin menunggu beliau sebelum itu kerana ada sedikit urusan. Sejak tahun 1978, YM Datu Aliuddin terus menyepi di Kota Kinabalu. Setelah tahun 2000, atas arahan dan nasihat anakandanya YM Datu Ali Aman, satu rombongan keluarga Maharaja Adinda telah bertandang ke Brunei dan sempat melawat:Ke Muzium Brunei (dibenarkan melihat kembali, Pulau Janggi itu oleh pihak Pengarah Muzium Brunei. Gambar ada diambil dalam Pejabat Pengarah Muzium Brunei sebagai Bukti),Ke Pejabat Sultan Brunei (Grand Chemrlain) -Tapi malangnya tidak dapat bertemu atau mengadap Sultan Hassanal Bolkiah, kerana pada masa itu Baginda dan keluarga dikatakan bercuti di London.Ke Pusat Sejarah Brunei (bertemu dengan Pehin Prof. Dato Hj Awang Mohd Jamil Al-Sufri). Pehin menyatakan bahawa Keluarga Maharaja Adinda perlu meneruskan tuntutan hak ke atas takhta Kesultanan Sulu, kerana hak itu adalah milik Keluarga Maharaja Adinda. Pehin juga meminta Datu Aliuddin agar tidak susah hati. Dengan nada jelas Pehin menegaskan; "Sekiranya tiada Datu Aliuddin ini, maka tiadalah lagi Sultan Sulu kini".

Datu Aliuddin @ Sultan Aliuddin-II yang menghantarkan sepong janggih pada tahun 1978


     Dengan banyaknya orang-orang Sulu yang membuat-buat seakan Pulau Janggi @ Sepoh/Sepong Janggi itu yang dibawa ke Manila dan diperlihatkan kepada Presiden Ramos, akhirnya Presiden Ramos membuat kenyataan lagi bahawa pewaris sebenar dan Keluarga Diraja itu ada juga menyimpan satu barang yang tidak dapat dibuat. Maka tahukah anda, apakah benda yang tidak boleh dibuat itu?


Tanduk Datu Teteng

     Benda itu adalah "Tanduk Datu Teteng @ Datu Tating". Telah tercatat dalam sejarah bahawa Datu Teteng @ Datu Tating adalah merupakan seorang "Pahlawan Sulu" yang digeruni oleh pihak British di Borneo Utara kerana beliaulah yang telah menyerang kubu British di Pulau Balambangan sehingga ranap pada tahun 1775.

     Tanduk Datu Teteng sebenarnya adalah berbentuk seperti batu putih (batu granit) yang telah tumbuh diumbun-umbun beliau semenjak kanak-kanak lagi. Khabarnya beliau ini kebal dari apa jua jenis senjata tajam. Beliau cuma wafat setelah meminta isteri terakhirnya menarik tanduk atau batu putih tersebut dengan cara menggigitnya (ini adalah khabar yang masyhur di kalangan keluarga Maharaja Adinda).
Datu Teteng ini tiada anak atau zuriat. Ibu beliau bernama Dayang Meria ibni Sultan Badaruddin-I. Ini bermakna Dayang Meria tersebut adalah saudara kandung (seibu-sebapa) kepada Sultan Bantilan Muizzuddin (Nenek-moyang Keluarga Maharajah Adinda) ibni Sultan Badaruddin-I dan Sultan Azimuddin/Alimuddin-I (Nenek-moyang Keluarga Kiram & Shakiraullah) ibni Sultan Badaruddin-I adalah saudara kandung lain Ibu.

     Keluarga Datu Teteng sangat rapat hubungannya dengan keluarga Maharaja Adinda. Sebab itulah "Tanduk" beliau telah (diamanahkan) disimpan oleh Keluarga Maharaja Adinda sehingga kini. (sesiapa yang berminat untuk ingin melihatnya, bolehlah menghubungi Keluarga Maharajah Adinda yang berada di Semporna).